LAWATAN CEO KHSB KE PLAZA IMT-GT

 

Kesedar Holding Sdn. Bhd. telah mengadakan satu kunjungan hormat terhadap Ahli Parlimen Jeli, YB Zahari Bin Kechik (YB Pok) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli. Perjumpaan ini bertujuan membincangkan perihal hala tuju dan cadangan penambahbaikan Plaza IMT-GT, Bukit Bunga untuk menjadikannya sebagai salah satu pusat tarikan orang ramai di Parlimen Jeli.
Rombongan KHSB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Wan Ahmad Faiz bin Wan Ab’llah Zawawi juga sempat meluangkan masa untuk berjumpa dengan pengusaha-pengusaha di Plaza IMT-GT bagi membincangkan cabaran serta jalan penyelesaian terbaik dalam usaha meningkatkan perniagaan masing-masing di Plaza IMT-GT.

 

Ahad - Khamis : 8:00 am - 5:00 pm

Newsletter

Email

© 2025 KESEDAR Holdings Sdn. Bhd. (67456-A). Syarikat milikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).